PELAKON Azira Shafinaz jarang tidak dipuji cantik dan hadir dengan pakej sempurna.
Tentu sahaja bergelar anak seni dan kerap muncul di hadapan kamera membuatkan Azira mementingkan soal kecantikan, gaya dan bentuk badan.
Malah fizikal Azira itu turut membuatkan ramai wanita cemburu dan menaruh impian untuk kelihatan sepertinya.
Biarpun meluahkan hasrat tinggi untuk mendapatkan berat badan begitu, namun tidak ramai sanggup mengamalkan diet seperti yang diamalkan Azira.
Untuk jadi seperi yang terlihat, bintang Sheriff: Narko Integriti itu mendedahkan dia mengamalkan ‘intermittent fasting’ atau IF dan ‘diet one meal a day’ (OMAD) iaitu satu hidangan dalam sehari. Nak badan ideal, cubalah!
Setelah mengetahui perkara itu, ada pula yang menyalahkan kepelbagaian pilihan makanan membuatkan mereka sukar untuk melakukan perkara sama seperti Azira.
Namun, bagai kata pepatah hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Setiap usaha keras itu pasti akan membuahkan hasil.
Lihat sahaja bagaimana Azira berjaya merealisasikan impiannya setelah mempraktikkan IF selama 16 jam sehari dan berhenti mengambil sebarang makanan bermula pukul 10 malam sehingga 2 petang keesokan hari.
Diva: Kalau artis lelaki, Diva suka betul tengok dagu Syamel, nampak sama dengan Amirul Aiman.