Peminat doa Zamarul Hisham dapat gelaran Datuk

NAMA Zamarul Hisham dengan dunia seni memang sudah sebati. Kalau dilihat, semakin berusia, semakin laku dan jadi kegilaan ramai.

Melihat kehebatan lakonannya yang tiada siapa mampu tandingi, ramai mendoakan agar dia diberikan gelaran datuk.

Diva bukan sengaja reka tetapi ramai yang menyuarakan perkara tersebut dalam ruangan komen beberapa video TikToknya.

“Ramai netizen sokong Zamarul dapat gelaran datuk. Harap semua itu menjadi kenyataan,” itu antara komen netizen yang menyorot perhatian umum.

Komen tersebut turut meraih perhatian Zamarul yang hanya ‘mengaminkan’ sahaja doa peminatnya.

Diva pun rasa Zamarul memang layak dan mampu diangkat sebagai salah seorang aktor yang boleh menjadi contoh kepada bakat baharu.

Harap doa peminat dimakbulkan Tuhan ya!

DIVA: Jadi, kalau ambil Fattah Amin jadi duta produk, ‘confirm’ laris ke?

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok