375
PELAKON yang cukup dikenali menerusi filem The Maze Runner, Thomas Brodie-Sangster menarik perhatian media selepas dikhabarkan telah mengikat tali pertunangan dengan aktres, Talulah Riley.
Berita gembira tersebut sendiri aktor berusia 33 tahun itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, baru-baru ini.
“Saya dan Talulah Riley telah bertunang dan kami akan berkahwin,” tulisnya.
Pada masa sama, Riley yang juga bekas isteri kepada bilionair terkenal, Elon Musk itu turut berkongsi perkara sama menerusi satu ciapan yang ditulis dalam Twitter (kini dikenali sebagai X) miliknya.
“Selepas dua tahun bercinta, kami akhirnya akan berkahwin.
“Saya sangat mencintainya,” tulis Riley.