RUMAH tangga didakwa bergolak, pelakon Uqasha Senrose berasa terkilan dengan spekulasi yang bertebaran mutakhir ini.
Perkara tersebut diluahkan dalam Instagramnya selepas suami, Kamal Adli menjawab spekulasi terbabit kepada media selain tidak boleh menerima namanya turut terpalit dengan kontroversi rumah tangga.
Didakwa bergolak? Siapa dakwa? Tidak fasal-fasal kena juga,” katanya ringkas.
Dalam masa sama, dia turut memaklumkan nasihat suaminya yang memintanya reda dengan perbuatan orang lain terhadap dirinya.
Terima kasih sayang, macam abang selalu nasihat saya.
“Biar orang buat kita, Allah Maha Adil,” ujarnya.
Semalam, Kamal hanya ketawa mendengar gosip rumah tangganya dengan Uqasha bergolak dan tidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya berharap netizen menjaga percakapan.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dan Kamal diijabkabulkan pada 5 November 2021 selepas dua tahun bercinta.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang dilahirkan pada April lalu. – HIBGLAM