Kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa – Fattah Amin

Kalau dia nak teruskan fitnah, tanggunglah dosa.”

Pelakon Fattah Amin berkata demikian bagi membalas tuduhan dilemparkan bekas isterinya, Nur Fazura berhubung punca perceraian mereka.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 33, turut tertanya-tanya motif sebenar aktres terbabit yang membuat dakwaan curang serta tidak diberikan nafkah ketika dia mengambil sikap menutup mulut.

Sebagaimana yang orang tengok, dalam sosial media pun saya mendiamkan diri. Saya tak rasa perkara seperti ini dikongsikan, dimainkan pihak media.

“Ini adalah perkahwinan, sepatutnya dari awal lagi (kemelut dalaman) ini perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja.

Sampai sekarang kenapa melibatkan ramai pihak hingga jadi jadi fitnah, berlegar-legar macam-macam cerita dalam media media,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Menurut pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu, dia sendiri enggan memainkan sentimen seumpama itu, sekali gus berharap individu berkaitan turut membuat tindakan yang sama.

Saya tak main sentimen itu (tuduhan). Saya harap pihak di sana juga tidak memainkan benda seperti itu,” ujarnya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira pukul 9.45 pagi tadi.

Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di mahkamah sama.

Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dengan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok