‘Pendapatan Fattah setengah juta tapi tak pernah bagi duit raya’

SEPANJANG empat tahun Fatima tak pernah rasa duit raya ayah dia.”

ITU kata pelakon Nur Fazura yang  mendedahkan anaknya, Nur Fatima Aisya tidak pernah menerima duit raya daripada bekas suaminya, Fattah Amin.

Katanya, sepanjang pengetahuannya, aktor terbabit mempunyai pendapatan besar selain turut mendapat nilai tajaan yang tinggi daripada pelbagai jenama.

“Ramai juga cakap, tak kasihankah kepada Fatima (perceraian ini)? Sejujurnya, saya kesian. Tapi, di sini saya pun sedih. Cuma Fatima, sepanjang empat tahun pun tak pernah rasa duit ayah dia, duit raya ayah dia.

Saya sendiri pun sepanjang berkahwin dengan Fattah tak pernah rasa sekali duit raya daripada dia.

“Anda semua perlu tahu, penajaan dia beratus-ratus ribu dan pendapatan dia rasanya mencecah setengah juta. Tapi, takkanlah tak boleh bagi kepada saya dan Fatima,” katanya usai prosiding kedua permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah, Subang Bestari, hari ini.

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, juga menegaskan enggan memisahkan hubungan bapa dan anak walaupun antaranya dan Fattah sudah tiada ikatan.

Memang seboleh-bolehnya saya tak mahu pisahkan Fatima dengan ayahnya. Tapi, bagaimana nak hidup bersama kalau Fatima saksikan ibu bapa dia tak bahagia.

“Saya kena besarkan Fatima dengan mental yang baik, bahagia dan sebagainya,“ ujarnya.

Selain itu, Fazura juga mengajukan soalan kepada Fattah mengenai masa depan anaknya sekiranya puteri mereka berumah tangga kelak.

Saya nak tanya Fattah, kalau suatu hari nanti, pasangan Fatima buat kepada Fatima seperti mana dia buat kepada saya, adakah dia bersetuju untuk teruskan dan okey dengan apa yang dia buat kepada saya?” katanya.

Hari ini, Fazura dan Fattah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun berumah tangga.

Lafaz talak itu dilakukan aktor berusia 33 tahun itu pada pukul 9.45 pagi tadi, di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.

Pasangan selebriti terbabit berumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok