Giliran Jaehyun pakai baju celoreng

ANGGOTA kumpulan NCT, Jaehyun mengejutkan ramai peminatnya apabila dilaporkan bakal menyertai latihan ketenteraan bermula 4 November depan.

Menariknya, idola berusia 27 tahun itu bakal diletakkan di bawah unit pancaragam tentera.

Menurut laporan media tempatan, Jaehyun dijadualkan memulakan latihan asas terlebih dahulu sebelum menyertai kumpulan pancaragam berkenaan.

Syarikat pengurusan Jaehyun iaitu SM Entertaiment memberitahu sesi kemasukan artis jagaannya itu akan dilakukan secara tertutup atas faktor keselamatan.

“Jaehyun NCT dijadualkan menjalani khidmat tentera pada 4 November bagi memenuhi kewajipannya sebagai warganegara Korea Selatan.

“Pada hari kemasukannya ke pusat latihan, tidak akan ada acara rasmi bagi mengelakkan sebarang masalah disebabkan kesesakan kerana ramai anggota tentera lain akan hadir. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok