Dari litar, si cilik Mikayla kini pelakon

INI adalah langkah besar untuk Mikayla dari pushbike ke lakonan.”

Demikian kata-kata bapa pelakon kanak-kanak Mikayla, Datuk Seri Wan Muzri yang tidak sangka anaknya mampu bergelar anak seni selepas bergiat aktif dalam sukan pushbike.

Dedah bapanya lagi, Mikayla sememangnya menunjukkan minat mendalam terhadap bidang hiburan.

“Mikayla memang minat dunia hiburan.

Tak sangka litar sukan membuka peluang untuk dia menggapai impian.

“Mula-mula dia gugup juga tetapi lama-lama dia sudah biasa dan bersemangat,” katanya yang juga Presiden The M8 Cycling Club.

MIKAYLA (tengah) tampil sebagai bintang utama dalam drama bersiri Budak-Budak Pushbike.

Mikayla baru sahaja dipilih sebagai pelakon utama dalam drama bersiri Budak-Budak Pushbike yang akan ditayangkan di TV1 selepas kejayaannya dalam perlumbaan pushbike mencuri perhatian ramai.

Drama ini memberi fokus kepada kehidupan kanak-kanak dalam sukan ini, menjadikan Mikayla sebagai wajah utama yang bakal menginspirasikan ramai anak muda. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok