Benda boleh pakai baju, nak juga tayang aurat

KETIKA ramai mengaku sudah muak dengan kisah rumah tangga artis, tiba-tiba Diva dihidangkan dengan video yang membuatkan mata terbeliak.

Bukan video 18sx tetapi memaparkan beberapa pelakon lelaki muda iaitu Amir Ahnaf, Aedy Ashraf dan Fazziq Muqris menunggang motosikal tanpa baju. 

Meskipun hanya memakai seluar pendek, bagi Diva tetap mencolok mata, memang lain macam! Difahamkan, video tersebut dirakam di Bali, Indonesia.

Pada awalnya Diva sangka ramai yang akan teruja tetapi sebaliknya pula berlaku apabila ada meluahkan rasa kurang senang dengan paparan sebegitu.

“Apa yang nak ditunjukkan? Gelilah!

“Yang lain macam okey tetapi Amir nampak macam nelayan. 

“Benda boleh pakai baju tetapi nak juga tayang badan, aurat,” selar netizen.

Diva pun tak faham juga kenapa mereka memilih untuk beraksi begitu. Makin lama makin pening nak hadam perangai artis Malaysia ya.

DIVA: Ada segelintir pengarah filem patut ‘berehat’ hasilkan filem yang tak mendatangkan impak.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok