Rumah tangga Claudia Kim berkecai selepas 5 tahun

Tiada angin tiada ribut, nama pelakon Claudia Kim meledak dalam media sosial apabila dilaporkan bercerai dengan Ketua Pegawai Eksekutif DN Korea iaitu sebuah syarikat platform digital hartanah, Cha Min-geun.

Aktres berusia 39 tahun itu dan suami bersetuju untuk membawa haluan masing-masing selepas hidup bersama hampir lima tahun.  

Pun begitu, laporan mahupun butiran mengenai alasan perceraian dan urusan penjagaan anak masih belum didedahkan .

Kisah percintaan mereka sebelum ini mendapat publisiti meluas kerana merupakan gabungan pasangan pelakon dan usahawan yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Pasangan itu berkahwin pada Disember 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan berusia tiga tahun.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok