Baju longgar, Nora Danish jadi inspirasi ramai

SEMAKIN jelita sejak mengenakan hijab, perubahan penampilan pelakon Nora Danish terus meraih pujian ramai.

Mengenakan pakaian longgar seperti dituntut, bukan dikagumi, ibu tunggal kepada dua putera itu menjadi contoh dan menginspirasikan peminatnya.

Sebab itulah kita semua jangan terlalu mudah menghakimi seseorang yang seksi atau dilihat terlalu obses tayang badan, sebab apabila dia berubah kelak, mungkin mereka jauh lebih baik daripada kita bila insaf.

Penampilan Nora sekarang memang lain macam. Kalau boleh suntik kesedaran macam Nora dan apa salahnya kita bagi pujian.

MIZZ LAHAR: Teruja ada pelakon kita nak buru trofi Oscar sahaja. Anak muda hebat begitu yang kita cari!

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok