PASANGAN selebriti Gong Min-jeong dan Jang Jae-ho sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan beberapa hari lalu.
Berita baik tersebut dikongsi pasangan itu sendiri dengan memuat naik foto majlis perkahwinan mereka dalam media sosial masing-masing.
Menerusi foto berkenaan, kedua-dua mereka kelihatan ceria dan dikelilingi hiasan bunga segar.
“Pengantin wanita paling cantik dalam dunia dah tiba, itulah isteri saya,” tulis Jae-ho sebagai kapsyen.
Min-jeong kelihatan naik seri dengan mengenakan busana berwarna putih bersama rantai jenis choker yang menyerlahkan lagi aura pengantinnya.
Imbas kembali perjalanan percintaan mereka, Min-jeong bersyukur ditakdirkan untuk bertemu dengan Jae-ho menerusi drama Marry My Husband.
“Selepas kita berjumpa menerusi drama Marry My Husband, kami terus jadi kawan rapat.
“Dia selalu buat saya ketawa dan layan saya dengan baik. Dia seorang yang sangat istimewa,” ujar Min-jeong dalam satu rancangan temu bual. – HIBGLAM