Jo In-sung takut pikat wanita

MASIH solo meskipun usia sudah 43 tahun, pelakon Jo In-sung mengakui merasa ‘insecure’ untuk mendekati mana-mana wanita.

Ujar aktor popular itu, dia perlu bersaing dengan ramai jejaka tampan untuk mendapatkan wanita yang disukainya dan semua itu membuatnya berasa hilang keyakinan diri.

“Kawan-kawan saya semuanya sudah berkeluarga, tinggal saya seorang sahaja. Susah untuk mencari teman hidup yang tepat.

“Jujurnya saya ada sahaja mengenali ramai wanita tetapi tertanya-tanya adakah saya layak memiliki sesuatu untuk bersaing dengan lelaki lain. Dari situ, saya berasa kurang yakin.

“Saya tahu saya dikenali ramai tetapi selain itu saya tidak tahu apa keistimewaan lain yang saya ada untuk memikat seseorang wanita yang saya suka,” kata beliau. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok