‘Suami muda daripada saya’ – Jue Aziz akhiri zaman janda

ANAK saya dan ada papa baru.”

Demikian pendedahan pelakon Jue Azize yang sudah bertemu jodoh dengan seorang jejaka dikenali sebagai Ridwan selepas hampir lima tahun menjanda.

Menurut Jue, mereka melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Jue atau Juliana Abdul Aziz, 40, berkata, dia dan suaminya sudah lama mengenali di antara satu sama lain sebelum memutuskan untuk berkahwin.

“Sejak bila kenal biarlah rahsia tetapi kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin.

Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi dipercepatkan bagi menunaikan permintaan ibu saya yang sudah berusia.

“Apa yang penting adalah restu keluarga,” katanya kepada media.

Terdahulu, menerusi ruangan pojok Diva, Kosmo! Online melaporkan status Jue yang sepertinya tidak lagi berstatus ibu tunggal apabila memberi bayangan sudah kembali bergelar isteri.

Ketika diijabkabulkan, Jue yang cukup dikenali menerusi drama rantaian Manjalara menerima mas kahwin sebanyak RM222 berserta seutas gelang dan sebentuk cincin.

Enggan terlalu bercerita tentang peribadi suami, Jue bagaimanapun memaklumkan Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.

“Umur dia pun rahsia. Tetapi dia lebih muda daripada saya.

“Suami sentiasa menyokong dan memahami kerja saya,” ujarnya.

Jue sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik asal Indonesia bernama Bayu Praman pada Mac 2014 dan bercerai pada Januari 2019.

Perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata namun mereka mempunyai seorang anak angkat iaitu Darwish Naufal, 11. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok