203
EMPAT BELAS tahun menyertai program Running Man umpamanya tanpa sebarang kemajuan, pelakon Song Ji-hyo didesak untuk meninggalkan rancangan popular itu.
Lebih teruk, ramai berpendapat aktres berusia 43 tahun itu hanya makan gaji buta dan kurang bekerja keras berbanding ahli yang lain.
Ini bukan kali pertama Song Ji-hyo terpalit dengan masalah personaliti dalam program terbabit bahkan sudah kerap diutarakan peminat dalam media sosial.
Rasa kasihan dengan usaha keras ahli lain tapi awak macam patung cendana, bercakap pun tidak. Lebih baik keluar sahaja Running Man,” komen netizen.
“Sudah jelas dia paling tak ‘function’, hadirnya dia sekadar mencukupkan ahli sahaja tanpa sebarang impak dan peningkatan,” demikian antara komen netizen. – HIBGLAM