PELAKON sensasi Fatiya Latiff mendedahkan tidak sengaja membuat tatu di lengan ketika berdepan dengan tekanan.
Pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 37, itu berkata, perkara itu dilakukan kira-kira dua tahun lalu.
Ya memang saya ada tatu”
“Saya terbuat. Ketika itu saya stres kira-kira dua tahun lepas. Tanpa fikir panjang, saya terus buat.
“Tapi mak saya dah suruh buang tatu ini. Cuma saya tiada masa lagi nak buang. Tengah tunggu masa yang sesuai untuk buang.
Sewaktu ibu dan bapa saya tahu tentang tatu ini, sudah tentulah mereka marah. Tetapi mereka tidaklah marah yang terlalu teruk. Kerana mereka tidak mahu saya jadi lebih tertekan,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran drama Jangan Tinggal Abang Dek (JTAD), semalam.
Ditanya apakah maksud tatu di lengannya, Fatiya berkata tulisan yang dicacah itu adalah ‘Angel On Earth’ (bidadari di atas bumi).
Sementara itu, bercakap tentang pembabitannya dalam drama JTAD, Fatiya meluahkan rasa terharu kerana penerbit, Erma Fatima sudi memberi peluang kepadanya meski dirinya dihimpit kontroversi.
Saya terharu bila Erma cakap dia nampak bakat saya sebagai seorang pelakon yang hebat. Saya tanya dia kenapa cakap macam tu? Sebab saya tak rasa saya seorang pelakon yang hebat. Saya rasa saya biasa-biasa saja.
“Jadi bila Erma cakap macam tu saya tersentak. Sebab saya tak sedar tentang hakikat ini. Yang saya tahu Erma kasihankan saya dan ingin beri peluang untuk saya kembali berlakon.
Bukan satu drama yang ditawarkan, malah ada dua drama yang saya telah saya lakonkan bersama Erma. Insya-Allah ada satu lagi drama yang masih dalam perbincangan,” kongsinya.
Drama JTAD turut dibintangi Datuk Adi Putra, Adira Suhaimi, Elly Mazlein, Nabila Huda dan ramai lagi. Menariknya drama komedi yang bertemakan ‘penyondol’ itu disiarkan dalam aplikasi Tik Tok KaryaTV setiap Jumaat hingga Ahad jam 8 malam. HIBGLAM