SEBAGAI tanda sokongan, pelakon Sheila Rusly menemani kekasih anaknya Luth Mikhail iaitu Baetrice Chitra untuk memeluk Islam di sebuah masjid.
Menerusi video dimuat naik dalam Instagram, Sheila dan keluarga menjadi saksi wanita itu mengucap dua kalimah syahadah dengan bimbingan seorang ustaz.
Usai mengucap dua kalimah syahadah, Baetrice atau lebih mesra disapa Bae menitiskan air mata syahdu.
Bukan hanya Bae, Luth selaku teman lelakinya juga tidak dapat menahan sebak menyaksikan teman wanitanya selamat menjadi saudara baharu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata rakan selebriti turut beremosi menyaksikan detik indah itu selain mengakui tidak sabar menantikan penyatuan antara Luth dan Bae.
“Masya-Allah, cantiknya. Sebak pula tengok video ini, Semoga awak dan keluarga sentiasa dalam rahmat kasih sayang Allah,” kata aktres Nurkhiriah.
“Ya Allah, cantik sungguh aturan Allah. Semoga dipermudahkan segalanya buat Mika, Aunty Ina (Zarina) doakan berkekalan hingga ke Jannah,” ujar dramatis Zarina Zainuddin.
“Alhamdulillah, sebak tengok video ini. Tahniah Luth Mikhail,” tutur pelakon Dayana Roza. – HIBGLAM