Hebat! IU belanja 100 pekerja tiket kelas bisnes

MAHU semuanya selesa dan gembira, penyanyi IU bermurah hati menaja tiket kapal terbang kelas perniagaan kepada lebih 100 kakitangannya yang bekerja keras semasa konsert jelajahnya di Amerika Syarikat.

Menurut sebuah laporan, pasukan konsert idola berusia 31 tahun itu termasuk sekurang-kurangnya 30 penari dan lebih 100 kakitangan yang terdiri daripada ahli kumpulan, eksekutif agensi dan pasukan keselamatan.

IU telah mengadakan konsert jelajah dunia sulung berjudul HEREH sejak Mac lalu yang bermula di Seoul.

Ini bukan kali pertama IU menunjukkan tanda penghargaan yang begitu besar kepada kakitangannya. Semasa lawatan itu juga, wanita cantik itu turut menghadiahkan pas ekspres kakitangannya ke Universal Studios Hollywood di Los Angeles.

Selain itu, semasa konsert di Jepun, dia menyediakan trak makanan mewah untuk kakitangannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok