Hwang Jung-eum putus cinta

SELEPAS dua minggu bercerita mengenai cinta hati baharunya, pelakon Hwang Jung-eum memaklumkan sudah berpisah dengan atlet bola keranjang Korea iaitu Kim Jong-gyu.

Perkara tersebut dimaklumkan agensi pelakon drama She Was Pretty itu dalam sebuah kenyataan media.

“Pelakon Hwang Jung-eum memutuskan untuk kekal sebagai kenalan baik dengan bekas kekasihnya.

“Bagaimanapun, pihak kami tidak dapat mendedahkan punca mereka berpisah,” kata wakil agensi. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok