272
NIAT hanya memasak dan menjamu makanan untuk dua anak lelakinya tetapi tanpa Neelofa sedar, perkongsiannya meraih sambutan ramai dalam media sosial.
Menu yang paling banyak mendapat respons adalah capati dan roti telur kegemaran dua anaknya, Bilal dan Abbas.
Paling lucu, bukan sahaja anak, netizen turut mengakui terliur untuk merasai air tangan bekas pengacara MeleTOP itu bahkan ada yang tidak sabar untuk memasaknya sendiri.
“Nampak mudah dan sedap pula resipi capati Neelofa. Terima kasih kongsi! Banyakkan lagi konten masakan begini Neelofa. Kami sokong,” komen netizen. – HIBGLAM