Song Joong-ki hitung hari timang anak kedua

SETAHUN selepas menimang cahaya mata pertama, pelakon Song Joongki dan isteri sedang menghitung hari menantikan kelahiran bayi kedua dalam masa terdekat.

Masih sama keterujaan seperti baru hendak bergelar ibu bapa, aktor berusia 38 tahun itu dan isterinya Katy Loise Saunders kini rancak membuat persiapan menyambut kelahiran tersebut.

Syarikat pengurusan Joong-ki, HighZium Studios turut mengesahkan berita itu namun tidak menyatakan tarikh sebenar Katy akan bersalin.

“Song Joong-ki sahkan isterinya sedang hamil anak kedua mereka.

“Namun, tarikh bersalin dan jantina bayi tersebut tidak dinyatakan bagi menjaga privasi mereka ketika ini,” kata wakil syarikat tersebut.

Joong-ki dan Katy mendirikan rumah tangga pada Januari 2023. Pada 14 Jun tahun lalu, bintang Hopeless itu menimang cahaya mata lelaki yang dilahirkan di Itali.

Aktor itu pernah berkahwin dengan aktres Song Hye Kyo yang juga pelakon gandingannya dalam Descendent of the Sun pada 2017 namun rumah tangga mereka tidak kekal lama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok