PENYANYI dan aktres jelita Korea Selatan, Bae Suzy bermurah hati apabila menderma lebih ratusan ribu ringgit kepada Persatuan Bantuan Bencana Nasional Jambatan Harapan dengan niat murni ingin membantu mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.
“Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada semua orang yang telah menderita akibat hujan lebat. Semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Menariknya, Bae Suzy merupakan ahli kehormat sebuah kelab derma yang terkenal, Hope Bridge Honors Club.
Pada 2019, dia memberi sumbangan buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan di Gangwon.
Justeru, orang ramai terutama peminat bintang sensasi itu memberi jolokan ‘Ratu Baik Hati’ kepadanya kerana dia sentiasa mencari jalan dan tidak lokek meringankan beban mereka yang memerlukan.