Pelakon Hollywood Liam Neeson suka dengar laungan azan

Pelakon kelahiran Ireland, Liam Neeson, 72, mengakui kian jatuh cinta dengan agama Islam selepas banyak kali menjalani penggambaran filem di negara-negara Islam termasuk Turkiye.

Neeson atau nama sebenarnya, William John Neeson berkata, laungan azan pada Subuh sangat mendamaikan jiwanya setiap kali seruan Ilahi itu berkumandang.

Laungan azan untuk orang Islam menunaikan solat bermula dalam pukul 5 pagi setiap hari.

“Saya sangat terpesona dengan laungan azan dan saya sangat sukakannya.

Kadang-kadang saya terfikir mungkin Islam adalah jawapan hidup saya,” katanya dalam satu program bual bicara, 60 minutes Overtime.

Neeson yang cukup dikenali menerusi filem seperti Les Misérables dan The Chronicles of Narnia itu bagaimanapun masih menganut agama Kristian sehingga kini.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok