Lisa, Frederic dating di Paris

KHABAR angin mengenai hubungan romantis antara anggota kumpulan Blackpink, Lisa dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tag Heuer, Frederic Arnault semakin menjadi hebahan peminat.

Hal tersebut diperkuatkan lagi dengan penyebaran video yang menyaksikan kelibat mereka berdua sedang meluangkan masa bersama di sebuah restoran di Paris, Perancis.

Bagaimanapun masih belum ada pengesahan mahupun penafian yang dikeluarkan kedua-dua belah pihak.

Meskipun begitu, rata-rata peminat bintang asal Thailand itu merestui hubungan mereka berdua selain menyifatkan Frederic sebagai jejaka yang berada pada kelas yang sama sekali gus berbeza daripada mana-mana lelaki yang pernah digosipkan dengan Lisa.

“Sebagai peminat Lisa, saya merestui hubungan mereka, Frederic nampak sangat budiman dan matang sesuai untuk menjadi pendamping Lisa.

“Dia jauh lebih ke hadapan berbanding mana-mana bintang K-Pop yang pernah digosipkan dengannya,” demikian komen seorang peminat.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok