Tak sihat, Siyeon direhatkan

Kesihatan semakin merosot berikutan keresahan melampau, anggota kumpulan Dreamcatcher, Siyeon direhatkan sementara waktu daripada sebarang aktiviti berkumpulan mahupun promosi album.

Khabar duka itu disahkan  label mereka, Dreamcatcher Company yang memberitahu artis naungannya itu telah mendapatkan rawatan dan kakitangan perubatan mengesyorkan Siyeon mendapatkan rehat yang mencukupi. 

Siyeon kini dalam keadaan tidak sihat, jadi dia tidak akan terlibat dalam promosi mini album ke-10 berjudul Virtuous.

“Bagaimanapun, segala aktiviti dan promosi album tersebut akan tetap diteruskan dengan enam ahli lain seperti Jiu, Sua, Handong, Yoohyeon, Dami, dan Gahyeon.

“Mohon semua peminat mendoakan yang terbaik dan memahami situasi yang dilalui idola kesayangan kalian,” ujar label berkenaan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok