PENYANYI dan pelakon Lee Seung-gi didesak meninggalkan dunia seni apabila Mahkamah Agung Republik Korea menarik balik keputusan tidak bersalah terhadap bapa mentuanya yang dituduh memanipulasi harga saham.
Syarikat pengurusannya, Big Planet Made Entertainment memohon netizen untuk berhenti menyalahkan selebriti berusia 37 tahun itu memandangkan dia tidak terlibat dengan isu terbabit.
Mereka juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya ada pihak menyebarkan berita palsu mengenai Seung Gi.
Lee Seung Gi sedang melakukan yang terbaik untuk menjadi ketua keluarga, bapa, suami dan menantu yang baik.
“Kejadian ini berlaku sebelum dia berkahwin dan sesuatu yang perlu diselesaikan oleh ahli keluarga mereka,” katanya.
Kenyataan tersebut bagaimanapun mengundang kemarahan netizen yang menganggap berat sebelah dan perlu menutup mulut hanya disebabkan tertuduh adalah keluarga selebriti.
Hanya kerana dia ada kaitan dengan Seung Gi maka kita tak boleh bercakap mengenainya? Kenyataan dikeluarkan cukup mengarut,” komen netizen.
“Sila jalani kehidupan peribadi yang bahagia bersama keluarga dan jangan sekali-kali muncul di hadapan khalayak,” ujar seorang lagi netizen. – HIBGLAM