SELEPAS 20 tahun menghilang, pelakon Wilma Muhammad kini terbuka menerima tawaran berlakon.
Menurut Wilma, 51, dia meninggalkan segala kemasyhuran sebelum ini demi mendahulukan kepentingan keluarga.
“Saya sudah janji dengan diri sendiri apabila kahwin mahu fokus kepada keluarga, jadi suri rumah sepenuh masa terutama selepas mempunyai anak.
Apabila semua sudah besar, mereka cakap sekarang kalau saya nak teruskan berlakon, mereka bagi restu.
“Semua sudah berdikari, tapi berbalik pula kepada saya yang mempersoalkan keupayaan diri,” katanya kepada HibGlam usai malam gala Saka Perawan baru-baru ini.
Kongsinya , anak-anaknya sudah pun memberikan kebebasan kepadanya untuk meneruskan karier lakonan selepas filem terakhirnya berjudul Pasrah pada2000.
Sebenarnya lebih empat tahun lalu mereka sudah beri ‘lampu hijau’ tetapi saya yang tidak bersedia. Ada juga saya ambil tawaran sikit-sikit berlakon dalam drama.
“Tiba-tiba dapat panggilan Ahmad Idham, sepertinya Allah mendengar keinginan saya itu,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, ibu kepada lima cahaya mata itu bakal muncul dengan filem terbaharu berjudul Saka Perawan arahan Dr. Ahmad Idham pada 27 Jun ini.
Selain Wilma, filem itu turut dibintangi Azlee Senario, Yassin Senario, Fauziah Nawi, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nizam dan Afieq Shazwan. – HIBLGAM