Aduh! ‘Ringtone’ MK dalam Aku Bukan Ustazah pun trending

TIADA siapa pernah menyangka, drama Aku Bukan Ustazah lakonan Erysha Emyra, MC K-Clique dan Zahiril Adzim mencetuskan fenomena dalam kalangan orang ramai.

Mana tidaknya, bukan sahaja meraih jumlah tontonan tinggi, drama ini turut meledak dalam semua platform media sosial khususnya TikTok.

Ketepikan watak Aminah lakonan Erysha yang menjadi kegilaan penonton lelaki, ada satu lagi elemen yang turut viral dalam drama ini iaitu nada dering telefon bimbit yang digunakan Adam (lakonan MK).

Menggunakan bunyi ‘nyonyonyo’, ramai terhibur dengan pemilihan nada dering tersebut, malah ada yang menyangka hasil suntingan netizen.

“Ingatkan ada yang sunting video ini rupa-rupanya memang Adam guna bunyi itu sebagai nada dering. Lucu!

“Baru nak sedih tapi terus tergelak bingung dengar nada dering tersebut,” komen netizen.

Kini, drama Aku Bukan Ustazah berjaya mencatat lebih 3 juta penonton. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok