365
MASIH solo meskipun sudah mencecah usia 48 tahun, penyanyi Kim Jong-kook, mengakui dirinya sering didekati golongan lelaki berbanding wanita.
Lebih mengejutkan, pelantun lagu Loveable itu turut mendedahkan terdapat beberapa lelaki sejenis (gay) mengaku menyukainya ketika sedang bersenam di gim.
“Lelaki dengan orientasi ini (sejenis) selalu mengajak saya bersenam bersama dan dalam masa sama cuba mengorat saya. Saya tak tipu.
“Pada awalnya terkejut juga tetapi saya jenis berfikiran terbuka, apabila tidak selesa saya cakap baik-baik supaya mereka faham.
“Apa yang penting, kita jangan mudah menghakimi orang, benda boleh bincang,” katanya. – HIBGLAM