Daiyan Trisha sumbang RM100,000 buat Palestin

TERSENARAI sebagai selebriti yang diboikot netizen, pelakon Daiyan Trisha menerima segala kecaman yang dilemparkan netizen terhadapnya berikutan dakwaan tidak berkongsi tentang Palestin dalam media sosialnya.

Tidak berdiam diri, Daiyan atau nama penuhnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin, 31, menegaskan, dia tidak sesekali melupakan kesengsaraan bumi Palestin malah mempunyai cara tersendiri menghulurkan bantuan.

Setiap orang ada cara dan ujian masing-masing. Niat kita dan reda Tuhan hanya Allah sahaja yang tahu.

“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin.

Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan. Tak apa, saya terima segala kecaman,” katanya dalam Instagram semalam.

Tambahnya, dia juga tidak menghalang segala usaha orang ramai dalam memperjuangkan solidariti terhadap Palestin kerana sokongan tersebut adalah hal paling penting ketika ini.

“Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-ssaudara kita di Palestin dengan pelbagai upaya, kerana itulah yang paling penting sekali.

Ini cara yang saya termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf.

“Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestin,” ujarnya.

Menerusi hantaran berbeza, pelantun lagu Langit itu turut memuat naik empat tangkap layar resit pembayaran terhadap beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mangsa perang di sana.

Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000 yang setiap satunya berjumlah RM25,000 bagi setiap NGO dan persatuan.

Tidak berakhir di situ, dia juga membidas dakwaan netizen iaitu tidak pernah berkongsi tentang Palestin dalam media sosialnya.

 

Tangkap layar Daiyan Trisha bahawa sokongan buat Palestin tidak penah berhenti.

Satu lagi, saya tidak pernah berhenti berkongsi tentang Palestin dalam Instagram sebelum ini.

“Anda boleh melihat semuanya dalam Instagram saya. Jadi, perkongsian ini bukan dilakukan secara ‘tiba-tiba’.

“Mungkin kadang-kadang saya lalai. Terima kasih atas peringatan ini, saya hargainya,” ujarnya.

Terdahulu, wujud gerakan Blockout2024 dalam media sosial bagi memboikot selebriti dunia yang masih menjalinkan kerjasama dengan produk menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.

Gerakan itu dibuat sebagai meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir selebriti yang tanpa rasa bersalah mempromosikan produk berkaitan atau menyokong Israel dalam media sosial milik mereka.

Antara nama besar yang diboikot ketika ini ialah Taylor Swift, Kim Kardashian, Blackpink, Lady Gaga, dan Justin Bieber.

Netizen Malaysia juga turut tidak ketinggalan menyuarakan hal sama dan menyenaraikan beberapa nama selebriti yang dikatakan masih mempromosikan produk menyokong Israel tanpa segan silu.

Selain Daiyan, nama artis tempatan yang turut disebut ialah Scha Alyahya, Mira Filzah, Eyka Farhana, Nabila Razali, Ameera Khan dan Neelofa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok