‘Mak, Ajad rindu mak. Rindu ketat-ketat’

USAHAWAN kontroversi, Sajat menitipkan ucapan beremosi kepada ibunya sempena sambutan Hari Ibu.

Berjauhan sejak 2021, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 39, meluahkan kerinduan terhadap ibunya, Maimon Omar dengan memuat naik swafotonya mereka bersama dengan kapsyen menyentuh hati.

Selamat hari ibu buat ratuku. Mak, Ajad rindu mak. Rindu ketat-ketat.

“Terima kasih terima Ajad seadanya, miss you (rindu awak) mak.

“Tiada apa yang boleh saya ucapkan, saya rindu mak sangat. Kalau boleh nak tidur dengan mak setiap malam,” tulisnya menerusi Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Sajat juga meluahkan kesyukuran dan berterima kasih kepada ibunya atas segala pengorbanan yang dilakukan sebagai seorang ibu selain sudi menerima dirinya seadanya.

Terdahulu, pada Februari 2022, Sajat memaklumkan telah menukar status jantina kepada wanita di Australia, setelah bertahun-tahun mendakwa seorang khunsa.

Seperti sudah ‘bercerai talak tiga’ dengan Malaysia, Sajat kini Australia sebagai negara untuk bermastautin.

Sajat yang juga pempengaruh media sosial itu memaklumkan tidak akan kembali lagi ke negara ini, sebaliknya lebih bahagia hidup di negara baharunya. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok