466
LAMA menyepi, rupa-rupanya pelakon kacak Korea Selatan, Kim Hyun-joong kini menikmati kehidupan sebagai petani.
Perkara tersebut dikongsi bekas ahli kumpulan SS501 itu dalam media sosialnya baru-baru ini.
“Bermulalah kehidupan sebagai petani.
“Saya menghormati semua yang terlibat dalam bidang pertanian,” katanya.
Menerusi foto yang dikongsi, Hyun-joong dilihat memakai topi petani untuk melindungi wajah daripada selaran cahaya matahari.
Meskipun sekadar kandungan hiburan, ramai menyokong percubaan selebriti itu. – HIBGLAM