KEKASIH Aliff Aziz, Sarah Yasmine menangkis tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dia mengatur komplot dengan Bella Astillah untuk menjatuhkan ‘skandal’ pelakon itu.
Kata wanita asal Singapura itu, kedatangannya ke Kuala Lumpur sejak tiga minggu lalu tidak diketahui isteri Aliff apatah lagi memperincikan butiran pendedahan yang mahu dilakukan.
“Macam saya jelaskan, pendedahan demi pendedahan yang saya lakukan adalah disebabkan tak sanggup tengok hanya Aliff dikecam netizen sejak dia dan Ruhainies ditangkap khalwat.
Bella juga tidak mengetahui kehadiran saya sehinggalah saya menghubunginya dan kami kemudian berjumpa beberapa kali sebelum saya membuat pendedahan itu.
“Tapi ini memang niat saya untuk dedahkan semua, Bella pula tak tahu apa-apa. Saya kasihankan Aliff yang kena kecam sedangkan Ruhainies terlepas,” katanya kepada HibGlam.
Ujar ibu tunggal dua anak itu, Aliff masih tidak memahami tujuan pendedahan dilakukan adalah semata-mata mahu melindungi lelaki itu daripada dipersalahkan masyarakat serta dipergunakan Ruhainies.
Sebagai orang yang mengenali penyanyi itu sekian lama, dia harus tampil membantu walaupun sedar bakal berdepan kecaman kerana turut mendedahkan aib menjadi ‘penyondol’.
Ketika itu saya sangka Bella sudah mempunyai teman lelaki seperti diperkatakan Aliff, jadi saya teruskan sahaja hubungan dengan Aliff tanpa sebarang masalah .
“Malah Bella juga tidak menyatakan nama saya dalam senarai 11 wanita yang didakwa menjadi penganggu
rumah tangga mereka.
Jadi sebelum saya dedahkan hal sebenar, saya hubungi Bella dulu,” katanya ketika ditemui di sebuah lokasi di Sungai Besi, di sini, hari ini.
Ditanya mengenai kecaman diraih selepas mengheret beberapa selebriti lain termasuk pelakon Sophia Albarakbah yang didakwa masih berhubungan dengan Aliff, Sarah menegaskan dia tidak gentar.
Ujarnya, dia hanya berpegang kepada kebenaran selain yakin Aliff, keluarganya serta netizen akan memahami tujuan asal berbuat demikian.
Ada juga yang melemparkan kecaman menerusi mesej langsung (DM), tetapi saya tak takut kerana saya tahu salah faham akan berakhir,” ujarnya.
Sejak Isnin lalu, industri hiburan tanah air ‘panas’ apabila wanita berusia 24 tahun itu menyelak rahsia Aliff dan Ruhainies termasuk dakwaan mereka bercinta selain aktres tersebut dikatakan menggunakan lelaki terbabit untuk menjatuhkan Bella.
Pendedahan dibuat Sarah turut mengheret lebih ramai selebriti termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong serta pasangan suami isteri, Tom dan Fuad Rahman.
‘Drama’ semakin panas apabila nama pelakon Meerqeen juga ‘dipetik’ selepas aktor tersebut mengeluarkan kenyataan hanya mengenali Sarah sebagai peminat. – HIBGLAM