SAYA dapat bukti perbualan itu sebab ada dengan Aliff setiap hari.”
Demikian respons Sarah Yasmine yang mahu mengambil tindakn undang-undang terhadap pelakon Ruhainies yang menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman penyanyi Aliff Aziz.
Tegas ‘kekasih gelap’ Aliff itu, segala bukti pengakuan serta rakaman yang mendedahkan hubungan antara asal Singapura dan Ruhainies diperoleh tanpa paksaan atau diserahkan kepadanya tanpa sedar.
“Dalam rakaman perbualan Ruhainies ada sebut Sarah letak barang dalam air atau apa pada Aliff sebab itu boleh dapat ‘conversation’ berkenaan.
Tapi, minta maaf Ruhainies, saya dapat perbualan itu sebab ‘minah’ ini yang ada dengan dia hari-hari. Jadi itu dah ibarat satu fitnah kalau cakap saya begitu.
“Saya pun tak tahu kenapa dia cakap macam itu sebab dia tahu saya bersama dengan Aliff. Kami dah berbual dan dia sendiri bagitahu nak berundur.
Kenapa nak fitnah saya letak ‘barang’ dalam air Aliff. Tak perlulah fitnah. Macam saya cakap, perkara yang awak katakan itu fitnah. Bolehkah kalau saya saman awak RM5 juta?” katanya dalam temu bual bersama sebuah portal hiburan.
Dalam wawancara sama, wanita asal Singapura itu turut mengakui menerima banyak mesej berhubung siri pendedahan mesej perbualan antara kekasihnya dengan pelakon wanita terbabit dalam Instagram sejak Isnin lalu.
Antara pertanyaan diluahkan netizen serta orang terdekat adalah berkenaan risiko disaman kerana berkongsi mesej peribadi orang lain.
Menurutnya, dia berani menunjukkan mesej WhatsApp serta rakaman perbualan selepas Aliff sendiri memberikan ‘lampu hijau’ kepadanya.
Saya sebenarnya tak takut (disaman) sebab pemilik sendiri (Aliff) bagi telefon itu kepada saya cakap saya boleh guna atau ambil bahan dalam tu.
“Saya ada rekod percakapan pasal perkara itu (kebenaran), tapi sepatutnya itu hanya untuk saya dengarkan kepada adik Aliff, Aisyah,” katanya.
Dalam rakaman tersebut, kedengaran suara penyanyi lagu Sayang Sayang itu bercakap sambil menangis selepas Sarah mahu menamatkan hubungan mereka.
Nama Sarah hangat menjadi sebutan sejak Isnin lalu selepas tampil mendedahkan dirinya sebagai kekasih kepada suami Bella Astillah itu.
Pendedahan yang dilakukan dalam laman sosial itu dibuat selepas tidak tahan melihat hanya Aliff menjadi mangsa serangan ramai selain ingin menunjukkan sikap sebenar Ruhainies.
Dalam pendedahan tersebut, pelakon wanita terbabit juga disifatkan bersikap suka memanipulasi apabila didakwa menggunakan lelaki berkenaan untuk menjatuhkan Bella.
Dia turut mengakui bapa kepada dua anak itu tinggal di rumahnya selama sebulan selepas insiden ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Kemelut kecurangan aktor terbabit semakin panas sejak Sarah membuat pendedahan yang mengaitkan ramai ‘watak tambahan’ termasuk penyanyi, Caprice, Emma dan Chacha Maembong.
Pagi tadi, Ruhainies menyuarakan hasrat bersemuka dengan Bella serta Sarah bagi menyelesaikan kemelut antara mereka sekali gus menjernihkan keadaan. – HIBGLAM