HANYA kerana memakai gincu melebihi garis bibir, pelakon Datin Intan Najuwa didakwa melakukan suntikan untuk mendapatkan bentuk bibir lebih mungil.
Tampil bersuara sekali gus menafikan perkara tersebut, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 27, menjelaskan dia hanya melukis bentuk melebihi garis bibir ketika memakai gincu.
Mak cik, saya tak cucuk bibir.
“Saya overline (lukis lebih garisan) bibir semasa pakai gincu sahaja,” katanya ringkas pada individu terbabit dalam ruangan komen.
Respons tersebut bagi menjawab pertanyaan seorang individu selepas melihat perubahan pada bentuk bibir perlakon tersebut.
Intan ini cucuk bibir ke?” soal individu tersebut.
Sementara itu, kebanyakan netizen menyokong Intan dan turut mengkritik tindakan individu.
“Mak cik itu perlu banyak tonton video ‘tutorial make up’ supaya tak mudah tertipu dengan gambar.
Kalau tak tahu pasal solekan, jangan pertikai muka orang lain,” kecam netizen pada individu itu.
Sebelum ini, netizen mempertikai foto yang memperlihatkan suami Intan iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman menggunakan tongkat kerana dianggap sekadar untuk bergaya.
Kata Intan, Ahmad Azraf bertongkat bukan kerana trend tetapi disebabkan kecederaan jatuh ketika menunggang kuda. – HIBGLAM