‘99 kata Ruhainies’ buat netizen teruja

ISU perceraian Bella Astillah dengan Aliff Aziz memang mencetuskan huru-hara dalam media sosial.

Mana tidaknya, tak cukup dengan pendedahan ‘gila’ Bella mengenai suaminya, muncul pula watak ibu mentua Bella yang tidak berhenti memberi semangat kepada anak lelakinya.

Macam-macam hal, namun paling Diva rasa lucu apabila ramai tidak sabar menanti perkongsian Ruhainies iaitu petikan kata-kata islamik dalam Instagramnya.

Tangkap layar antara kata berbaur islamik Ruhainies yang pantas menjadi ‘rujukan’ para netizen.

Setiap kali muncul isu Bella dalam media sosial, paling tak sabar tunggu perkongsian islamik Ruhainies. Rasa lucu!

“Ruhainies sudah boleh buat buku ‘99 kata-kata Ruhainies’. Mesti laku keras,” perli netizen.

Dalam masa sama, netizen juga menyelar tindakan Ruhainies berkongsi petikan sebegitu kerana dilihat seperti menunggang agama atau menggunakan kata-kata islamik untuk dilihat mulia.

Mungkin itu sekadar perkongsian secara rawak tetapi hanya tuan badan sahaja tahu niat sebenar.

DIVA: Kes cerai Bella dan Aliff pasti akan berlarutan dalam tempoh masa yang lama. Macam dejavu kes Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pula. 



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok