968
PELAKON Shim Hyung-tak melangsungkan perkahwinan dengan suri hatinya, Hirai Saya di Jepun.
Media Korea melaporkan lokasi perkahwinan mereka sangat istimewa kerana berlangsung berhampiran Gunung Fuji.

Hyung-tak ceria merakamkan foto perkahwinan bersama isteri tercinta.
Tidak cukup di Jepun, Ogos nanti, mereka akan mengadakan majlis resepsi di Korea pula.
Pasangan pengantin itu mengadakan majlis di dua negara bagi meraikan hari bahagia mereka bersama keluarga dan kenalan rapat.