485
PERSEMBAHAN hebat menerusi naskhah Weightlifting Fairy Kim Bok-joo secara tidak langsung meledakkan nama pelakon, Lee Sung-kyung dalam kalangan peminat, khususnya di Asia.
Atas permintaan ramai, impian peminat untuk bertemu mata dengan dengan Sung-kyung terlunas menerusi sesi jelajah secara besar-besaran yang berlangsung sejak 18 Jun lalu.
Acara jelajah yang diberi nama Be Closer sebenarnya bermula di Tokyo diikuti Taipei pada 24 Jun lalu. Selepas di Manila, Filipina pada 8 Julai lalu, si jelita itu akan meneruskan sesi ramah mesra di Seoul dan Bangkok.