Diana Rafar beri amaran kepada Zamarul Hisham jangan berlebih

KERISAUAN sebagai isteri membuatkan pelakon Diana Rafar memberi amaran terhadap suaminya yang juga aktor Zamarul Hisyam agar tidak menjalin hubungan berlebih-lebihan dengan mana-mana selebriti wanita di set penggambaran.

Diana atau nama penuhnya Adiana Abdul Rafar, 41, berkata, amaran tersebut sekali gus tidak membenarkan suaminya itu untuk mencari keserasian dengan pelakon wanita lain.

Shooting shooting (penggambaran) juga? Papa (panggilan kepada Zamarul) jangan berani nak mencari keserasian dengan orang.

“Sampai lebih-lebih hendak tolong orang lain,” katanya dalam kapsyen Instagram.

Sementara itu, Zamarul turut membalas amaran tersebut dalam ruangan komen.

Aduh, sampai sini (Instagram) dia beri pesanan,” ujarnya.

Perkongsian Diana itu sekali gus mengundang perhatian ramai termasuk beberapa selebriti tanah air yang menawarkan khidmat untuk turut memantau suaminya di set penggambaran.

“Saya sebagai wanita setuju dengan amaran ini!” komen pelakon Riena Diana.

Sebagai jiran paling dekat, saya akan pantau juga kak. Kalau lebih daripada seorang, saya akan maklumkan,” seloroh Syatilla Melvin.

“Jaga-jaga Zamarul, Diana sudah bagi amaran dan banyak mata-mata,” kata netizen.

Difahamkan, amaran tersebut adalah disebabkan kontroversi melanda dia pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz yang ditangkap khalwat pada 8 Mac lalu.

Hubungan mesra antara mereka seterusnya didedahkan oleh salah seorang kru penggambaran drama Terjerat yang menggandingkan Ruhainies dan Aliff sebagai hero serta heroin.

Dakwa kru tersebut, Aliff dan Ruhainies mempunyai panggilan mesra iaitu ‘baby’ serta pernah meluangkan masa bersama duduk di dalam kereta.

Sebelum ini, Zamarul pernah berganding dengan Bella Astillah bagi drama Aku Tanpa Cintamu.

Bella juga pernah mendedahkan komunikasinya bersama Zamarul hanya akan tertumpu ketika di set sahaja dan tidak terbawa-bawa sampai ke luar.

Dia juga berhubung terlebih dahulu dengan Diana sekiranya ingin menyampaikan sebarang pesana pada Zamarul. –  HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok