Siapa sangka di sebalik senyuman manis yang terukir di bibir Elizabeth Tan, terakam gundah yang tiada kesudahan.
Bukan mudah berbicara soal peribadi, namun jika dibiarkan terlalu lama, lara yang bersarang di relung hati semakin parah. Itulah yang dilalui penyanyi dan pelakon yang mesra disapa Lizzy.
Lama memendam rasa, air matanya gugur saat berbicara soal zuriat yang lama diidam.
Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Dr. Siew Jim, sehingga kini Lizzy bergelut banyak isu apabila isu anak dibangkitkan.
Dia mahu punya zuriat seperti mana wanita lain, rasa teruja itu tidak pernah surut. Namun, kini jiwanya berbolak-balik.
Lizzy berada di persimpangan dilema setiap kali memikirkan usia yang kian bertambah namun pada masa sama perlu mengambil kira situasi ekonomi dan kerjaya.
Saya betul-betul nak anak. Tapi entahlah, banyak benda kena fikir,” kata Lizzy menahan sebak.
Ujar Lizzy, suaminya kini doktor pelatih dengan gaji tidak seberapa dan kebanyakan perbelanjaan ditanggungnya termasuklah rumah, kereta dan ibu bapa.
Pelantun Knock Knock itu juga bimbang kerjaya seninya baik dalam bidang nyanyian atau lakonan bakal ‘terkubur’ selepas menimang cahaya mata.
“Saya tidak tahu (dilema). Saya nak sangat ada anak sebab usia saya sudah pun mencecah 30 tahun. Tapi saya kena fikir juga soal karier.
Sebab kalau saya hamil, selama setahun saya tidak boleh bekerja. Watak yang bakal saya terima (berlakon) juga akan lain.
Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari www.kosmo.com.my