Tuju, maafkan saya – MK

MEMILIH untuk berdamai, penyanyi rap MK membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas anggota kumpulan K-Clique iaitu Tuju atas segala kekhilafan yang dilakukan sebelum ini.

MK atau nama sebenarnya, Muhammad Hairi Amin Hamdan, 28, berkata, salah faham yang berlaku antara mereka mungkin berpunca daripada kesilapan dirinya.

“Hari ini (Ahad) saya sekali lagi memohon maaf secara terbuka kepada Tuju. Mungkin apa yang berlaku disebabkan kesilapan saya sendiri. Saya hanya manusia biasa.

Sebenarnya kami pernah bertemu tanpa sengaja dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur tahun lalu.

“Semua ini adalah ketentuan Tuhan. Pertemuan tersebut sudah diatur Allah dan di situ juga saya mintaa maaf kepada Tuju secara peribadi,” katanya HibGlam

Tidak menyangka hubungan yang kembali jernih itu mencetuskan satu kolaborasi, anak jati Tawau, Sabah itu teruja dapat bekerjasama dengan Tuju dan tiga penyanyi rap lain iaitu Ghidd, Meerfly dan Benzooloo menerusi lagu Risiko terbitan Twntytwo Degree.

Saya bersyukur dengan gabungan dalam lagu Risiko. Memang tiada perancangan mahupun apa-apa perbincangan sebelum ini.

“Kembali bersama Tuju adalah di luar jangkaan,” katanya ketika ditemui pada malam Risiko Pop Up Show, semalam.

Terdahulu, Tuju mengakui ada salah faham antara dirinya dan anggota K-Clique namun enggan mendedahkan puncanya.

Tegas suami kepada penyanyi Loca B itu, keputusan meninggalkan kumpulan popular itu adalah pilihan dirinya sendiri.

Meski tidak lagi bersama  kumpulan itu, MK dan Tuju kembali bergabung menerusi lagu Risiko yang dilancarkan pada 22 Februari lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok