Giliran Song Kang masuk tentera

LAMA menanti giliran, pelakon Song Kang dilaporkan bakal menjalani latihan wajib ketenteraan pada 2 April depan.

Berita itu disahkan agensi pelakon berkenaan yang meminta peminat mendoakan yang terbaik buat artis kesayangan mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang sentiasa memberikan kasih sayang buat pelakon Song Kang.

“Ini adalah notis mengenai khidmat ketenteraan Song Kang dan dia akan melaporkan diri serta berkhidmat aktif dalam angkatan tentera pada 2 April ini,” kata agensi dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, agensi berkenaan turut memaklumkan tiada sebarang acara ataupun aktiviti yang akan dianjurkan untuk jejaka berusia 30 tahun berkenaan.

Agensi turut melarang peminat bertemu Song Kang kerana bimbang akan menganggu perjalanannya ke kem berkenaan.

“Tiada acara rasmi diadakan apabila Song Kang masuk ke pusat latihan tentera. Dia akan mendaftar secara peribadi bagi mengelakkan kesesakan di tempat berkenaan, jadi kami memohon kerjasama kalian,” tegas agensi.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok