Ahli kumpulan Super Junior, Heechul tampil menjelaskan perkara sebenar tentang khabar angin yang mendakwa dirinya dan pelakon Nam Goong-min bermasam muka.
Dalam sebuah temu bual, Heechul mendedahkan salah faham orang ramai yang bermula dari rancangan Life Bar yang ketika itu tetamu undangannya adalah Goong-min.
Dalam episod tersebut, Goong Min didakwa bergurau senda dengan cara yang agak kasar sehingga membuatkan Heechul tidak selesa.
Bagaimanapun, Heechul menafikan perkara tersebut malah menjelaskan bahawa mereka berdua dalam keadaan baik-baik sahaja dan juga merupakan kenalan rapat.
Saya ketawa semasa menonton episod itu, saya menjadi rapat dengan Goong-min selepas episod itu dan saya juga diundang ke majlis perkahwinannya.
“Tetapi keadaan menjadi lebih besar daripada apa yang saya sangka. Netizen benar-benar menyangka saya dan Goong-min tidak selesa antara satu sama lain dan itu membuatkan saya kesal,” jelasnya. – HIBGLAM