TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba meledak dalam media sosial khabar angin anggota kumpulan Girls’ Generation, Sooyoung kini hangat menjalin hubungan cinta dengan pelakon Jung Kyung-ho.
Lebih menguatkan dakwaan tersebut, tersebar sekeping foto yang dimuat naik netizen memperlihatkan pasangan sama cantik sama padan itu meluangkan masa di sebuah zoo di Sydney, Australia.
Susulan penularan foto itu, rata-rata netizen terutama peminat menzahirkan rasa teruja dan tidak sabar untuk melihat hubungan istimewa idola mereka itu kekal hingga ke jenjang pelamin.
“Wah, kalau benar mereka berdua bercinta, sebagai peminat saya merestuinya. Mereka saling melengkapi antara satu sama lain, kelihatan sangat serasi,” komen netizen.
“Patutlah Sooyoung kelihatan ceria kebelakangan ini. Rupa-rupanya ada oppa di hati. Moga hubungan mereka terus mekar sehingga berkahwin,” demikian komen seorang lagi netizen. – HIBGLAM