“KASIHANNYA, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okay, mommy (ibu) naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah. Kasihan.”
Itu kata pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan, 51, ketika melayan karenah anak bongsunya, Aaisyah Dhia Rana membeli alat solek di sebuah kedai kosmetik terkemuka, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik Rozita atau mesra disapa Che Ta dalam TikTok miliknya, pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Buat Dara itu pada awalnya meletakkan limit sebanyak RM100 seminggu kepada Aaisyah untuk membeli alat solek yang diinginkan.
Ingat, RM100 sahaja tau setiap minggu. Jangan ambil lebih, kurang tak apa,” kata Che Ta.
Bagaimanapun, jumlah elaun mingguan sebanyak RM100 itu telah dinaikkan kepada RM250 seminggu selepas melihat Aaisyah sukar untuk memilih alat solek yang kerana harganya yang mahal.
Dapat apa RM100? Dah pusing setengah jam tak dapat apa. Jom mommy tambah lagi RM150 jadi RM250,” kata Che Ta.
Selepas jumlah elaunnya telah dinaikkan menjadi RM250 seminggu, Aaisyah, 10, kelihatan gembira apabila dapat membeli beberapa alat solek diinginkan yang keseluruhannya berharga RM174.
Dengan baki yang masih ada sebanyak RM76, amaun tersebut akan dibawa ke minggu hadapan menjadikan elaun untuk alat solek yang akan diterima Aaisyah adalah sebanyak RM326.
Aaisyah ada bagi lebih kurang RM80. Bawak ke minggu depan ya?” kata Che Ta.
Mendengar saranan tersebut, Aaisyah terus bersetuju, malah sempat mengucapkan terima kasih kepada ibunya.
Thank you (terima kasih) mommy. I love you (saya sayang awak),” ucap Aaisyah.
Gelagat dua beranak itu membeli alat-alat solek telah meraih perhatian pengikutnya dalam TikTok apabila masing-masing berasa terhibur, malah menyifatkan Aaisyah sebagai kanak-kanak yang beruntung.
“Seronok dapat apa yang dia nak. Semoga adik berjaya macam ibunya juga,” kata seorang pengguna TikTok.
Untungnya boleh beli barang-barang mahal,” ujar seorang lagi netizen.
“Alhamdulillah. Semoga menjadi anak yang solehah,” kata seorang pengikutnya.
Sebelum ini, Aaisyah kerap menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti orang dewasa.
Sekadar info, Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013.- HIBGLAM
@rozitachewan1 Harap2 video ni tk kena removed oleh tik tok lah ye😬😬😬😬 . Stress kiter! . Hampa masuk kak pora 55 henggit baqu dpt celak besaq en en ja .. . Ni serum cekang jelita kami ni, dh la guna bahan2 premium, serum pertama kt malaysia yg mengguna SEA FENNEL STEAM CELL yg mana bg cekang serta merta & serum ni adalah serum yg menyahkan JERAGAT .. Nk muka lawa menjelang raya , tekan bag kuning laju2‼️ . #cekangjelita #serumviral #byrcw #cekangsampairaya #rcw #rozitachewan #cheta #aaisyahdhiarana #fyp ♬ original sound – ROZITA CHE WAN