Bogel, seks A Killer Paradox tak perlu!

K-DRAMA baharu Netflix berjudul A Killer Paradox membuatkan penonton terpegun walaupun baru tayangan episod pertama.

Namun, ada juga yang meluahkan ketidakpuasan mengenai adegan seks melibatkan pelakon Choi Woo-shik.

Rata-rata terkejut dengan babak tersebut, terutama sekali apabila adegan sebegitu ditayangkan sangat awal dalam siri berkenaan.

Ramai berpendapat bahawa perlakuan tidak senonoh seperti itu tidak perlu diselitkan kerana tidak sesuai.

“Baru sahaja menonton episod pertama A Killer Paradox dan beritahu saya mengapa Netflix memutuskan meletakkan drama tersebut sebagai 18+ sedangkan sepatutnya diletakkan 21+ kerana ada adegan seks,” kata penonton.

“Menonton A Killer Paradox episod pertama dan ada adegan tidak senonoh yang sangat tidak diperlukan kerana tiada kaitan dengan plot,” ujar netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok