Bukan Marissa sahaja nikah di Thailand!

BEBERAPA hari kebelakangan ini, dunia hiburan tempatan kecoh tentang pernikahan ‘rahsia’ anak perempuan pelakon Norman Hakim dan Abby Abby Abadi, Marissa Dania Hakim, 19, dengan suami orang yang dikenali sebagai Aslam.

Pernikahan tersebut didakwa berlangsung Disember lalu di Songkhla, Thailand ketika isteri lelaki terbabit sedang mengerjakan umrah di Mekah.

Pelbagai reaksi diterima daripada masyarakat, sementelah Marissa dianggap masih terlalu muda untuk memilih tindakan yang disifatkan menconteng arang ke muka keluarganya.

 

MARISSA Dania yang sebelum ini panas dengan isu penyondol kini kembali meledak apabila dilaporkan telah bernikah di Thailand dengan suami orang.

Sungguhpun begitu, sebelum Marissa, sudah ramai selebriti tempatan memilih untuk bernikah di Thailand dan negeri Utara Malaysia seperti di Perlis atas pelbagai sebab tertentu.

Ada yang bahagia sehingga kini, tetapi ada juga perkahwinan yang berakhir dengan perceraian.

Ashraf Muslim

Pelakon Ashraf Muslim pernah menggemparkan industri hiburan apabila mengakui berpoligami dan bernikah dengan isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Thailand.

ASHRAF MUSLIM

Pernikahan tersebut menimbulkan kemarahan ramai apatah lagi hubungan dengan isteri pertama, Noor Dayana Lokman baru hendak memasuki tahun kedua. Ashraf dan Noor Dayana bernikah pada 30 Ogos 2011 di Mekah.

Meskipun begitu, Ashraf dan dua orang isterinya kini hidup bahagia bersama empat anak.

Awie

Pelakon dan penyanyi terkenal, Datuk Awie juga pernah bernikah dengan Rozana Misbun secara rahsia di Selatan Thailand pada 20 Jun 2005 dan bercerai pada 1 November 2014.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu, Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha.

AWIE

Sebelum Rozana, Awie pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Arni Nazira dan dikurniakan dua anak perempuan.

Awie kemudian bernikah buat kali ketiga dengan Sharifah Ladyana Syed Samsuddin juga di Songkhla pada 7 Oktober 2016.

Awie tidak melihat perkahwinan sembunyi di Thailand itu sebagai satu kesalahan apabila pihaknya mengadakan kenduri secara besar-besaran yang turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

Adira

Penyanyi Adira mencetuskan kontroversi apabila memilih untuk bergelar isteri kedua kepada usahawan, Datuk Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand.

ADIRA

Selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan empat orang cahaya mata aitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob yang kini berusia setahun lima bulan, Adira telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada 25 Oktober 2023 atas alasan tiada lagi sefahaman.

Serina Redzuawan 

Perkahwinan kedua pelakon Serina Redzuawan bersama seorang pegawai polis dikenali sebagai Aidid pada April 2021 mencetuskan kontroversi.

SERINA

Semuanya gara-gara ‘perang’ kenyataan antara Serina dan bapanya, Cef Wan.

Cef Wan berasa kecewa kerana diketepikan anaknya pada hari bahagia itu dan mendakwa Serina bernikah di Thailand.

Serina pula menafikan perkara tersebut dan memberitahu, dia dan suami bernikah dalam Malaysia.

Meskipun begitu, Serina kini terlihat bahagia hubungan dengan Cef Wan kembali harmoni. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok