Aisyah Aziz sopan berhijab, netizen ‘cuit’ Bella Astillah

PENAMPILAN penyanyi Aisyah Aziz dalam sebuah video tular yang manis bertudung jenis bawal ketika sesi latihan persembahan lagu Kali Terakhir Ku Lihat Wajahmu dendangan asal Uji Rashid untuk sebuah program televisyen di Singapura mencuri perhatian ramai.

Gaya sopan tersebut mengundang pujian ramai kerana sebelum ini adik kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz itu sememangnya terkenal dengan imej seksi dan fesyen pelik yang sering digayakannya.

Bukan sahaja pujian, netizen turut ‘memetik’ nama kakak iparnya iaitu Bella Astillah agar diberikan petunjuk untuk turut berhijab.

“Aisyah sudah bertudung ke? Alhamdulillah semoga terus istiqamah.

“Benar bahawa hidayah Allah SWT boleh hadir bila-bila masa sahaja dan Aisyah adalah insan bertuah itu.

“Cantik anggun bertudung, semoga menjadi asbab Bella untuk terikut sama (bertudung),” komen netizen.

Sebelum ini, Aisyah menerusi Instagram pernah berkongsi beberapa momen magisnya selepas memilih untuk mendalami agama Islam sejak setahun lalu.

Katanya, sepanjang proses tersebut, dia lebih mengenali erti kesederhanaan dan tidak lagi mengejar duniawi.

Lebih manis, hubungan dengan kedua ibu bapanya juga bertambah erat selain dapat mengerjakan umrah di Tanah Suci pada hujung tahun lalu.

Sehingga hari ini, dia bagaimanapun tidak pernah berkongsi secara rasmi sama ada dirinya sudah bertudung sepenuhnya atau tidak. – HIGBLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok