NAMPAKNYA ramai yang kurang senang sehingga naik geli tengok adegan romantis lakonan Afieq Shazwan dan Fasha Sandha dalam drama Rampas Cintaku musim kedua.
Walaupun hanya sekadar lakonan, adegan atas katil yang dikongsikan Afieq untuk mempromosikan drama tersebut teruk dikecam netizen.
Rata-rata tidak sanggup melihat adegan mesra Fasha membelai Afieq yang memegang peranan sebagai ‘anak ikan’ dalam drama tersebut.
Malah, aksi berpelukan antara kedua-dua pelakon itu disifatkan netizen sebagai memalukan, apatah lagi Fasha berstatus isteri orang.
Netizen beranggapan, walaupun hanya sekadar lakonan, adegan yang dipamerkan itu menjurus ke arah maksiat dan tetap berdosa.
Maka, berduyun-duyun tazkirah ditinggalkan netizen terhadap adegan yang cuba dipromosikan Afieq.
“Adegan seperti ini perlu ditunjuk? Allahuakhbar. Jadi penyanyi sahajalah kalau ada babak atas katil,” tegur seorang netizen.
“Maaf, tak boleh layan cerita sebegini. Bahaya kalau anak-anak tengok,” kata seorang lagi netizen.
Susah juga jadi pelakon di Malaysia. Memang sangat sensitif, banyak perkara perlu dijaga. Naik juga bulu roma Diva melihat keintiman Afieq dan Fasha walaupun hanya lakonan.
DIVA: Risau tengok Uqasha menari-nari ketika sarat hamil anak sulung.