4 aktres berani mati lakon babak panas

KHALAYAK perlu mengakui bahawa industri seni hiburan luar negara bukan lagi berada ditakuk lama.

Perkara sama dijunjung pemain seni Korea Selatan apabila dilihat sedikit demi sedikit sudah berani mengikut jejak dan strategi industri hiburan Hollywood dalam menyuntik babak panas dalam sesebuah naskhah.

Hakikat karya sarat babak panas terlihat lebih kehadapan dan mendapat perhatian, barangkali itu menjadi penyebab mengapa sekian ramai sutradara memilih taktik sama.

Kimchi Panas minggu ini menampilkan beberapa orang aktres papan atas yang berani mati melakonkan adegan panas sekali gus mempamerkan sebahagian tubuh badan dengan mengetepikan segan silu.

Kim Joo-ryoung

Siapa sahaja tidak mengenali sosok pelakon serba boleh Kim Joo-ryoung memainkan karakter Han Mi-nyeo dalam drama siri Squid Game yang menjadi fenomena seluruh dunia.

Bukan sahaja bijak menghidupkan watak, aktres berusia 47 tahun itu menuai pujian khalayak apabila disifatkan sangat berani melakukan adegan panas tanpa seurat benang bersama pelakon Jang Deok-soo yang membawa karakter Heo Sung-tae demi tuntutan naskhah.

Menerusi episod 4 siri terbabit, Joo-ryoung dan Deok-soo dituntut untuk melakukan hubungan intim dalam bilik air.

Kim Go-eun


Bintang mendunia menerusi drama fenomena Goblin, Kim Go-eun kerap dianggap sebagai polos kerana penampilannya yang kelihatan sejuk mata memandang.

Namun, siapa sangka aktres jelita itu sebenarnya melakukan debut dalam dunia lakonan menerusi naskhah erotis berjudul A Muse yang sarat adegan 18 tahun keatas.

Barangkali terlalu muda untuk memikirkan natijahnya di kemudian hari, Go Eun dengan berani memperlihatkan bahagian dadanya saat melakukan hubungan intim dengan aktor Kim Moo-yeol dalam drama tersebut.

Kang Hae-lim

Nama Aktres jelita Kang Hae-lim meledak dalam lanskap dunia hiburan Korea Selatan melalui lakonannya sebagai Kim-sum dalam naskhah sarat plot-twist berjudul Somebody.

Dalam drama tersebut, dia dengan bersahaja melakukan adegan panas tanpa mengenakan sebarang pakaian bersama aktor sensasi, Kim Young-kwang

Lebih mengejutkan, aktres tinggi lampai itu melakukan dua kali babak ranjang tersebut, malah tampil berani menunjukkan bahagian tubuh tanpa sebarang suntingan sensor.

Song Ji-hyo

Bintang Running Man, Song Ji-hyo terkenal dengan karakter yang lasak dan kasar baik dalam arena variety show mahupun dunia realiti.

Namun, hakikat azali dirinya datang daripada bidang lakonan, aktres jelita itu juga pernah melakonkan aksi menghairahkan dalam naskhah berjudul A Frozen Flower.

Pelakon berusia 43 tahun itu melakukan adegan seks dengan aktor Jo In-sung sekali gus memperlihatkan bahagian dadanya.

Kelihatan janggal, Ji-hyo mengakui dirinya tidak selesa untuk menjayakan babak sedemikian, namun terpaksa meneruskannya demi memenuhi tuntutan skrip.

Bertitik-tolak daripada itu, nama wanita bermata bundar itu terus disebut-sebut sehingga berjaya bolos pencalonan Anugerah Pelakon Paling Popular di Baeksang Arts Awards 2009. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok